Wednesday, November 12, 2008

Kalau banyak DUIT dlm akaun bank... ratus2 ribu

Klu mereka banyak duit... boleh je dapatkan rawatan di hospital swasta. Boleh pilih nak masuk hospital mana... tak perlu bimbang tentang bil rawatan... belanja seharian... belanja hidup etc.... sebab DUIT mereka banyak!!!

Rawatan di hospital swasta tentula best....
- Tak perlu nak tunggu lama2 utk rawatan/pemeriksaan
- bilik hospital swasta macam bilik hotel... ada tv, air cond, bilik air dlm bilik
- layanan mesti best
- selesa

Walaupun mahal tapi berbaloi....

Betul?

So macam mana pula nak simpan duit banyak2 dalam akaun?
Katalah simpan RM150 sebulan
Setahun baru RM1800
10 tahun baru RM18000
20 tabun baru RM32000
Cukup ke?
Jadi nak cepat banyak duit dalam akaun, kena la simpan banyak lagi... RM1000 sebulan ke... RM2000 ke...

Tapi berapa ramai boleh simpan selama tempoh tu atau sebanyak tu?

Kira berapa banyak duit anda dlm akaun sekarang?

Saturday, November 8, 2008

BAYANGKAN.........

Testimoni

Saya tak sangka akan terlibat dalam kemalangan... patah kaki. Ditahan di hospital sebulan. Keadaan dlm wad... ptg2 panas & bising esp masa melawat. Jarak antara katil & tandas dlm 50 meter. Seksa nak gi tandas. maklumlah dlm keadaan bertongkat. Bosannya tak boleh kata... nak tengok tv, jauh lak kena jalan... Yang paling kesian, emak yg terpaksa menjaga aku siang & malam. Jauh nak g surau, mandi dan beli makanan. Ayah kadang2 je boleh dtg hantar makanan coz ayah keja. Tapi yg aku pening, memikirkan sewa rumah/kereta & bil2 lain. Memang MC tapi gaji tak jalan. Mana nak cekau duit??
Kamil, 25 thn, pekerja swasta


Ayah kena stroke. Lumpuh separuh badan. Emak pula surirumah. Adik beradik 4 org. Aku anak sulung. Masalahnya, ayah tak boleh kerja dah skg. Simpanan pun dah makin kurang. Kesian aku tengok emak, termenung memikirkan duit. Emak berniaga jual nasi lemak tapi masih tak cukup. Nampaknya aku terpaksa berkorban. Terpaksa berhenti dr kolej dan cari kerja. Walaupun gaji kecil (berdasarkan SPM)... harap2 dapat membantu meringankan beban. Tak sanggup tengok keadaan keluarga skg.
Azira, 20 thn, pelajar kolej


Aku dilanggar kereta sewaktu menyeberang jalan semasa dlm perjalanan ke tempat kerja. Kini aku lumpuh dan terpaksa berharap dgn bantuan keluarga. Duit pampasan yg diterima dari Socso tak mencukupi utk menyara kehidupan dalam zaman duit ni. Itupun dah dihabiskan utk menbayar kos rawatan semasa terlantar di hospital dulu. Nasib baik aku menerima bantuan bulanan dari baitulmal sebyk RM200 setiap bulan. Tapi dengan harga barang yg tinggi sekarang... sebenarnya tak mencukupi utk menanggung keperluan seharian.
Suhaimi, 28 tahun


Saya muda lagi tapi dah disahkan ada kegagalan buah pinggang. Terpaksa buat rawatan dialisis 3 kali seminggu. Nasib baik pusat rawatan kebajikan. Sepatutnya kena bayar RM150++ tapi skg bayar RM60 je. Tapi pusat tu jauh dari rumah. Dahlah kena menunggu lama. Tak ada pilihan lain. Ada pusat rawatan lebih dekat iaitu di hospital swasta, masalahnya kos sangat tinggi, RM200++ setiap kali rawatan. Tak mampu. Sekarang ni pun, duit simpanan dah tak ada. Kadang2 kena pinjam dari saudara & kawan2... dah naik segan nak meminjam. Bukannya semua kawan sudi membantu... itu lah kata orang, kawan, masa senang ramai..... masa susah, tak de siapa nak mengaku kawan....
Zarina, 30 thn, pekerja kerajaan


Sudah jatuh ditimpa tangga.... Setelah 7 bulan disahkan mengidap kanser payudara, aku diceraikan oleh suami. Alasannya kerana aku tak mampu lagi nak melayan dirinya. Tambahan pula, kos rawatan agak tinggi. Hospital dah jadi rumah kedua. Anak2 pun terbiar. Nak harapkan adik beradik, tak sampai hati, mereka pun ada tanggungan masing2. Barang kemas terpaksa digadai, sewa rumah jarang dapat bayar penuh. Tuan rumah mula bising. Kerja pun tak menentu ... Maklumlah, banyak masa nak dihabiskan utk `menunggu' utk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Mungkinkah terpaksa masuk rancangan "BersamaMu TV3" ?? Cuma satu je doaku....semoga penyakit ini segera sembuh supaya aku boleh bekerja menyara kehidupan.
Suraya, 35 thn, ibu tunggal


Banyak lagi kes seperti ini yang kita dapat baca dalam suratkhabar.... Apa sebenarnya masalah mereka? Adakah masalah kerana kemalangan? Disahkan mengidap penyakit? Bukan.... Itu hanyalah sebab pada masalah mereka..... Takdir tidak dapat diubah. Kalau memang dah ditakdirkan kemalangan atau sakit... dapat diduga? dihalang? ditangguh? Tidak kan... So? Apa masalahnya?

WALAUPUN CERITA BERBEZA, MASALAH MEREKA SEBENARNYA SAMA SAHAJA
DUIT

Cuba anda fikirkan..........

Kalau mereka ada duit dalam akaun..contoh RM50 ribu... RM100 ribu...

Memang betul.... mereka tetap kemalangan... tetap ada penyakit... tapi mereka ada cara untuk atasi masalah yang mereka hadapi.....